Followers

Google+ Followers

08 May 2013

MITOS dan INFO : Kerusi Roda Bayi

* Kajian buktikan penggunaan bawa keburukan, antaranya jejas kesihatan tulang bayi.


Keburukan kerusi roda bayi sudah diperkatakan sejak dulu lagi, malah ia turut menjadi isu hangat didebatkan oleh ibubapa dalam ruangan forum di internet.

Bagaimanapun, penggunaannya masih lagi meluas mungkin disebabkan pelbagai faktor dan paling dapat dinafikan, ia dikatakan memudahkan tugas ibu bapa utk mengawasi anak yang semakin membesar. 

Di Britain, dianggarkan 235,000 kanak2 iaitu kira-kira 50 peratus berusia antara enam hingga 18 bulan menggunakan kerusi roda bayi. Alat ini direka utk membantu bayi berjalan itu dipercayi diperkenalkan sejak 25 tahun lalu tetapi mulai popular pd era 90-an. 

Malahan, menjadi kemestian juga dalam kalangan ibu bapa di negara ini meletakkan anak kecil yang sedang belajar bertatih ke dalam kerusi roda. Alat itu membantu bayi yang tidak pandai merangkak atau berjalan, bergerak mengelilingi rumah dengan menendang hujung kaki sambil duduk. 

MITOS YANG PERLU ANDA KETAHUI :

1) GANGGU FASA MERANGKAK 

Bayi yang berlatih berjalan menggunakan kerusi roda lambat duduk dan merangkak. Mereka juga akan mendapat markah paling rendah berbanding bayi lain dalam ujian yang digunakan bagi melihat perkembangan mental dan fizikal. Lebih teruk, kerusi roda yang memberikan mereka kepuasan 'berjalan' ketika mereka belum bersedia utk berjalan boleh menjejaskan corak berjalan dan melambatkan fungsi kawalan otot kaki. Penggunaan kerusi roda boleh menyebabkan betis anak menjadi melengkung. Kesan bentuk kaki yang melengkung akhirnya akan menjejaskan kesihatan tulang belakang, punggung dan koordinasi berjalan. Keburukan ini tidak boleh dilihat dalam jangka masa yang sihat dan kesannya akan dirasai apabila kanak2 tersebut meningkat dewasa kelak.


2) HADKAN PERGERAKAN KAKI

Disebabkan saiz papan pemuka telah menghadkan mata mereka melihat bagaimana kaki mereka belajar melangkah, kerusi roda bayi juga membataskan bayi menerokadan mencapai barang2 disekeliling padahal sebenarnya ia amat perlu bagi tempoh awal perkembangan mental.



 
3) MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAYI

Kecederaan lain adalah membabitkan kepala disebabkan alat itu terbalik akan menyebabkan gegaran otak dan patah kaki. Kajian telah dijalankan didapati tiada bukti yang menunjukkan bahawa kerusi roda bayi ini berpotensi utk mengajar bayi berjalan dan bagus utk perkembangannya malah terdapat byk keburukan jika kita mempraktikkannya pada bayi tersebut termasuklah kemalangan semasa penggunaannya.


INFO YANG PERLU DIBACA :



Sumber : BH

4 comments:

  1. Nice sharing... Pd pndpt sy..Perlu tahu cara guna kn sst alatn tu sbb alatan dicipta utk bntu manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin betoi ckp maria.. tp apabila sesuatu barangan telah dikaji oleh org pakar, mungkin itu aderlah benar kerana mrk telah melakukan byk ujian keatas bayi2.. tp kan maria... kalu kita kaji sendiri ngan our previous menjaga ank... terdpt kebaikan dan keburukan rite.. sikit sebanyak membantu kita. yes, kita kene tau range umur yg sepatutnyer utk bayi menggunakan kerusi roda ini krn tulang mrk dh agak kuat.. plus kelebihan nyer menyenangkan kita melakukan kerja rumah atau sebagainyer. tp keburukannyer mrk mungkin akan terjatuh jika kita leka walaupun sesaat... betoi tak.. dan ini saya percaya yg sesuatu barangan ader kelemahan dan ader kelebihan disebalik gaya penggunaan seseorang.. huhuhu

      Delete
  2. Ingat nak beli kerusi baby...apa2 pun bincang dulu dgn isteri.t kasih infonya

    ReplyDelete
  3. Ingat nak beli kerusi baby...apa2 pun bincang dulu dgn isteri.t kasih infonya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...