Followers

Google+ Followers

10 May 2013

PICTURE : LEPAKS DI UMAI PUTRAJAYA

Pemandangan di Umai, Putrajaya...

Relex jap sebelum masuk kedai makan tu.. ahaksss

Seperti biasa kasi posing sblm makanan sampai kat meja... order yg ringan2 jew...

Carrot susu just RM 3.80, Limau Lychee RM 2.80 dan Oren Jus RM 3.00

Bihun sup RM 4.00 , Roti Bakar RM 1.50 (1set), Roti Jala RM 3.00 (3Kpg) dan cucur udang RM 3.00

ahaksss... penuh meja.. nasib murah...

08 May 2013

MITOS dan INFO : Kerusi Roda Bayi

* Kajian buktikan penggunaan bawa keburukan, antaranya jejas kesihatan tulang bayi.


Keburukan kerusi roda bayi sudah diperkatakan sejak dulu lagi, malah ia turut menjadi isu hangat didebatkan oleh ibubapa dalam ruangan forum di internet.

Bagaimanapun, penggunaannya masih lagi meluas mungkin disebabkan pelbagai faktor dan paling dapat dinafikan, ia dikatakan memudahkan tugas ibu bapa utk mengawasi anak yang semakin membesar. 

Di Britain, dianggarkan 235,000 kanak2 iaitu kira-kira 50 peratus berusia antara enam hingga 18 bulan menggunakan kerusi roda bayi. Alat ini direka utk membantu bayi berjalan itu dipercayi diperkenalkan sejak 25 tahun lalu tetapi mulai popular pd era 90-an. 

Malahan, menjadi kemestian juga dalam kalangan ibu bapa di negara ini meletakkan anak kecil yang sedang belajar bertatih ke dalam kerusi roda. Alat itu membantu bayi yang tidak pandai merangkak atau berjalan, bergerak mengelilingi rumah dengan menendang hujung kaki sambil duduk. 

MITOS YANG PERLU ANDA KETAHUI :

1) GANGGU FASA MERANGKAK 

Bayi yang berlatih berjalan menggunakan kerusi roda lambat duduk dan merangkak. Mereka juga akan mendapat markah paling rendah berbanding bayi lain dalam ujian yang digunakan bagi melihat perkembangan mental dan fizikal. Lebih teruk, kerusi roda yang memberikan mereka kepuasan 'berjalan' ketika mereka belum bersedia utk berjalan boleh menjejaskan corak berjalan dan melambatkan fungsi kawalan otot kaki. Penggunaan kerusi roda boleh menyebabkan betis anak menjadi melengkung. Kesan bentuk kaki yang melengkung akhirnya akan menjejaskan kesihatan tulang belakang, punggung dan koordinasi berjalan. Keburukan ini tidak boleh dilihat dalam jangka masa yang sihat dan kesannya akan dirasai apabila kanak2 tersebut meningkat dewasa kelak.


2) HADKAN PERGERAKAN KAKI

Disebabkan saiz papan pemuka telah menghadkan mata mereka melihat bagaimana kaki mereka belajar melangkah, kerusi roda bayi juga membataskan bayi menerokadan mencapai barang2 disekeliling padahal sebenarnya ia amat perlu bagi tempoh awal perkembangan mental.



 
3) MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAYI

Kecederaan lain adalah membabitkan kepala disebabkan alat itu terbalik akan menyebabkan gegaran otak dan patah kaki. Kajian telah dijalankan didapati tiada bukti yang menunjukkan bahawa kerusi roda bayi ini berpotensi utk mengajar bayi berjalan dan bagus utk perkembangannya malah terdapat byk keburukan jika kita mempraktikkannya pada bayi tersebut termasuklah kemalangan semasa penggunaannya.


INFO YANG PERLU DIBACA :



Sumber : BH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...