Followers

Google+ Followers

27 October 2011

Khasiat Air Zam-Zam





Air ZamZam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Ini termasuk menerang dan melapangkan hati, kaya, mulia, pandai terhormat, membaiki akhlak dan byk lagi.

Rasullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya :"Air ZamZam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai)".

Dengan kata lain, barangsiapa yang meminumnya utk sebarang hajat, dia akan mencapainya, insyaallah jika benar-benar yakin dan berserta niat. Air ZamZam ini adalah penghulu segala air, sebaik-baik air di muka bumi. Air yang paling mulia, berharga dan paling bernilai. Telaganya digali oleh Jibril a.s untuk diminum oleh Nabi Allah Ismail a.s.

Pontensi Air ZamZam untuk seribu satu hajat ini dieksploitasi oleh para ulama, misalnya Imam Jalaluddin As-Sayuti. Sewaktu mengerjakan haji, beliau meminum air ZamZam dengan berniat dan berdoa semoga Allah menjadikan beliau seorang yang melaut ilmu agamanya atau seorang yang sangat alim. Allah telah mengabulkan hajat beliau. Beliau telah menjadi seorang ulama yang palin alim pd kurun ke-10 hijrah. Ibnu Abbas, bapa saudara nabi juga menjadi seorang yang mendalam ilmunya berkat air ZamZam.

Imam At-Tarmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata. "Orang yang meminum air ZamZam" itu:

Jika dia minum utk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.
Jika dia minum utk minuman, maka Allah memberinya minuman.
Jika dia minum utk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.
Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.
Jika dia minum utk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkan kegelapan itu.
Jika dia minum utk mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.
Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.
Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah akan melindunginya.
Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.
Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.

Dengan demikian kata Imam At-Tarmizi yang dipetik dari kitab "Mukjizat Perubatan dengan Air Zam Zam". Moral of story..... apa jua niat semasa meminum air ZamZam, make sure niat itu baik dan halal, Insyaallah ianya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.....

Amin....


Sumber : sumber info dan panduan percuma

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...