Followers

Google+ Followers

27 October 2011

Kecanggihan Teknologi dan IQ dahsyat ...!!

Zaman sekarang byk orang2 yg kreatif... wahhh macam-macam dicipta melalui kenderaan utk "cut cost", ala maklum semua skrg dah mahal....

1) Motosikal guna NAJIS MANUSIA.

Kalu perhati betoi- kat atas tu dah siap2 letak tisu tandas.. huhuhu
Rasa sakit perut ? tak payah susah2 nk cari toilet kat luar... naik motor dan melepas dan berlepas... hehehe
TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam. Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya. Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini - Agensi

2) Trak guna kayu api ganti Minyak Petrol 

Guna kayu sebagai bahan bakar
HELSINKI - Tidakan/ tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam.

Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.
Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.

Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.
Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel. - Agensi

3) Kete Sapu Jalan


4) Basikal vs kete

5) Motor Vs Kete


Actually byk lg... huhuhuhu...... nanti kita sambung lg ek... kecanggihan teknologi dan IQ episod ke-2. huhuhu

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...