Followers

Google+ Followers

10 October 2011

Bayi 23 hari diliwat bapa sendiri


Ya Allah, kesian bayi yang tak berdosa tu terpaksa jadi mangsa atas kerakusan nafsu bapa sendiri. Menurut berita Harian Metro, lelaki itu jadi berang kerana kehendak seksualnya tidak mahu dilayani si isteri yang sedang dalam pantang. Cissshhhh.... Cilaka punye JANTAN DURJANA... sanggup buat anak sendiri mcm nie... adooiii apa nk jadi ngan dunia skrg nie.... patut hukum HUDUD nie dibuat utk manusia mcm nie...


Petikan dari HARIAN METRO :-

Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah. 

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.


P/S :-  Aku doakan supaya baby tersebut sihat seperti anak-anak yang lain. Insyaallah....

2 comments:

  1. memang bodoh plus kalu tak silap kat kosmo tertulis yg jantan meliwat ank sendiri nie sebenarnyer penagih dadah.. patut arr... iman tak der, memang kene rasuk hantu puaker sanggup menyeksa ank sendiri. arrr.. kak ina tensen ngan jantan mcm nie...!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...