Followers

Google+ Followers

28 October 2011

My Boss My Hero

Arrr... giler kelakar citer jepang nih.... aku gelak sampai nak nangis ajer biler tengok citer nie... korang patut tengok jugak citer nie dan compom korang gelak tak hinggat punyer arrr !!!



Mai aku citer cikit ...I introduce kat uolls watak utama iaitu... nagase tomoya - sakaki makio nama dlm karektor... dia nie actually bakal jd ketua gengster (kump. Yakuza). Walaupun dia nie agak stupid... tp dia terer giler berlawan dan bergaduh sampai digelar Tornado. Disebabkan dengan satu kebodohannye yang dilakukan semasa perjumpaan dengan gengster lain, bapak dia iaitu head of Yakuza telah menghantar dia ke sekolah utk menamatkan persekolahanya bagi mengambil alih sebagai ketua kumpulan tersebut dan jika dia tidak menamatkan pengajian maka tempat itu akan diberi kepada adiknyer.

 


Kebodohan nampak sgt ketara apabila nama dia sendiri pun tak tahu nk eja... memang lawak time nie.... hehehe citer nie mula menarik apabila byk adegan2 disekolah ditonjolkan seperti berebut puding kegemarannya.... penyamaran sebagai student walaupun ramai budak pelik kenapa dia nie nampak berumur tak mcm budak 17 thn.... kikiki memang best ..!! Detik2 romantik jatuh cinta ngan student  (Umemura)... plus cikgu kelas pun terjatuh hati ngan Sakaki .... 

At the end ... rahsia penyamaran as student iaitu sakaki terbongkar ... dan korang kene layan sendiri kalu nk tahu penghabisan cerita yg sangat melucukan..

Wokeh arr... selebihnyer korang tonton sendiri... jaminan gerenti gelak punyer!

27 October 2011

Kecanggihan Teknologi dan IQ dahsyat ...!!

Zaman sekarang byk orang2 yg kreatif... wahhh macam-macam dicipta melalui kenderaan utk "cut cost", ala maklum semua skrg dah mahal....

1) Motosikal guna NAJIS MANUSIA.

Kalu perhati betoi- kat atas tu dah siap2 letak tisu tandas.. huhuhu
Rasa sakit perut ? tak payah susah2 nk cari toilet kat luar... naik motor dan melepas dan berlepas... hehehe
TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam. Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya. Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini - Agensi

2) Trak guna kayu api ganti Minyak Petrol 

Guna kayu sebagai bahan bakar
HELSINKI - Tidakan/ tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam.

Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.
Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.

Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.
Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel. - Agensi

3) Kete Sapu Jalan


4) Basikal vs kete

5) Motor Vs Kete


Actually byk lg... huhuhuhu...... nanti kita sambung lg ek... kecanggihan teknologi dan IQ episod ke-2. huhuhu

Khasiat Air Zam-Zam





Air ZamZam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Ini termasuk menerang dan melapangkan hati, kaya, mulia, pandai terhormat, membaiki akhlak dan byk lagi.

Rasullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya :"Air ZamZam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai)".

Dengan kata lain, barangsiapa yang meminumnya utk sebarang hajat, dia akan mencapainya, insyaallah jika benar-benar yakin dan berserta niat. Air ZamZam ini adalah penghulu segala air, sebaik-baik air di muka bumi. Air yang paling mulia, berharga dan paling bernilai. Telaganya digali oleh Jibril a.s untuk diminum oleh Nabi Allah Ismail a.s.

Pontensi Air ZamZam untuk seribu satu hajat ini dieksploitasi oleh para ulama, misalnya Imam Jalaluddin As-Sayuti. Sewaktu mengerjakan haji, beliau meminum air ZamZam dengan berniat dan berdoa semoga Allah menjadikan beliau seorang yang melaut ilmu agamanya atau seorang yang sangat alim. Allah telah mengabulkan hajat beliau. Beliau telah menjadi seorang ulama yang palin alim pd kurun ke-10 hijrah. Ibnu Abbas, bapa saudara nabi juga menjadi seorang yang mendalam ilmunya berkat air ZamZam.

Imam At-Tarmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata. "Orang yang meminum air ZamZam" itu:

Jika dia minum utk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.
Jika dia minum utk minuman, maka Allah memberinya minuman.
Jika dia minum utk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.
Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.
Jika dia minum utk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkan kegelapan itu.
Jika dia minum utk mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.
Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.
Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah akan melindunginya.
Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.
Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.

Dengan demikian kata Imam At-Tarmizi yang dipetik dari kitab "Mukjizat Perubatan dengan Air Zam Zam". Moral of story..... apa jua niat semasa meminum air ZamZam, make sure niat itu baik dan halal, Insyaallah ianya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.....

Amin....


Sumber : sumber info dan panduan percuma

Selamat hari Jadi utk ku ....


Happy belated besday to myself .... nampaknyer umurku dah 31 tahun this year... wahhh sudah matang dan ranum gituh.... hehehehe...

Anyway mai kita belajar pelbagai bahasa bermula dengan bahasa kita sendiri  iaitu selamat hari lahir.... ermmm.. bahasa korea "saeng-il chugha haeyo".. byk lg cer tengok kat atas tuhhh... hafal tau !! maner ler tau ader kawan-kawan di serata dunia kene wish nanti.... hehehe

12 October 2011

Nk luit tak ngan blogging???? korang try nie...

Korang nk duit tak....?? kita cuba ajer ... tp mengikut cik epal dia kata HEARTBEAT nie masyhuk gak !! tak salah kita cuber kan... first korang click nie.



klik atas nie dulu...



then click kat HEARTBEAT.MY yg dibulatkan tuhh...



Pastu ... Click 'CREATE ACCOUNT'


 Then... fill up form tue... isi arr semua butiran yg patut....click 'CONTINUE'



Click 'JOIN HB'



Click 'ONLINE APPLICATION'



Isi arr personal info nie.... dan detail pembayaran ke account aper.... then...pastu just click 'CONTINUE' button....



Last step... just click 'GET CODE' ... and letak ajer kat blog uolls kay !



Anytime nk check berapa yg uolls dapat.. just click MY HB ALLILIATE.... 



So..... jom kita try... tak cuber tak tau.... kalu dapat rejeki tuhhh....


Sumber : cik epal

11 October 2011

Ibu jual 4 anaknye Plus jual badan utk dpt duit...


ISHhhhh ...gilor!!!..... apa nk jd manusia skrg nie... apa nk jd ngan dunia nie... dah tak der ker kasih sayang dalam jiwa????  adoiiii .... duit segalanyer sanggup melakukan hal mcm nie...

Keratan dari Harian Metro :-


CHUKAI: Bukan saja tergamak ‘menjual’ empat daripada tujuh anaknya kepada keluarga lain untuk dijaga, seorang wanita yang terdesak mendapatkan sumber kewangan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu, tergamak memperdagangkan tubuhnya bagi mendapatkan wang untuk menyara keluarganya.
Sumber berkata, lebih menyedihkan apabila ibu tunggal berusia 37 tahun terbabit yang turut menagih pelbagai jenis dadah bertindak keterlaluan apabila menurunkan ilmu dan pengalamannya menjual tubuh kepada anak gadisnya yang berusia 16 tahun.

“Selain mengajar anak perempuannya menjual tubuh, wanita terbabit menjadikan gadis itu yang berhenti sekolah ketika di tingkatan satu sebagai rakan penagih apabila mereka melepaskan gian dadah bersama ketika di rumah.

“Sebagai jalan mudah mendapatkan bekalan dadah, dua beranak terbabit menerima bahan terlarang itu sebagai menggantikan bayaran perkhidmatan seks ketika bersama pasangan masing-masing,” kata sumber itu.


Kegiatan dua beranak terbabit terbongkar apabila rumah mereka diserbu sepasukan anggota polis yang menjalankan Ops Tapis di Kampung Dusun Nyior, dekat sini, hujung minggu lalu.

10 October 2011

Bayi 23 hari diliwat bapa sendiri


Ya Allah, kesian bayi yang tak berdosa tu terpaksa jadi mangsa atas kerakusan nafsu bapa sendiri. Menurut berita Harian Metro, lelaki itu jadi berang kerana kehendak seksualnya tidak mahu dilayani si isteri yang sedang dalam pantang. Cissshhhh.... Cilaka punye JANTAN DURJANA... sanggup buat anak sendiri mcm nie... adooiii apa nk jadi ngan dunia skrg nie.... patut hukum HUDUD nie dibuat utk manusia mcm nie...


Petikan dari HARIAN METRO :-

Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah. 

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.


P/S :-  Aku doakan supaya baby tersebut sihat seperti anak-anak yang lain. Insyaallah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...