Followers

Google+ Followers

28 April 2011

speedy scandal


Baru sat tadi aku dok layan citer nie... actually citer nie dah lama di tayangkan ... cumer aku ajer yg terlepas utk layan movie nih... well aku boleh kasik 4 Star for this movie. Citer nie berunsur family comedy. Yang best nyer citer nie mengisahkan seorang lelaki yang dikatakan single secara tetibe dah mempunyai anak plus cucu gitu... lawak...lawak... Hidup dia menjadi kelam kabut dan terpakse merahsiakan hal tersebut dari diketahui orang ramai...
 .

Hemmmm ok... mai aku citer cikit .... mamat yang kat atas nie namanyer NAM Hyun-soo. Dia seorang yang  popular idol star dikalangan remaja dan orang ramai gituhh.... Dia nie adelah DJ radio yang terkenal walaupun umur dia dah dipertengahan 30-an. Tapi satu hari ader seorang young single mom named Jung-nam menghantar cerita dia kat rancangan radio yang Hyun-soo jadi hostnyer. Cerita dia mengisahkan tentang dia dah lama tak berjumpa dengan bapa kandungnyer yang dia sendiri tidak pernah jumpa sebelum nie dan kerana cerita tu lah rancangan itu mendapat sambutan atau rating tertinggi dikalangan pendengar. 

Awek kat atas nie sbg Jung-nam hemmmm.....dia adalah anak kandung  NAM Hyun-soo dan yang kat bawah nie pulak aderlah cucunyer 7 tahun, Gi-dong. Cute kan budak kecik nih.....



Dlm citer nie Nam Hyeon-soo x taw yang dia ader anak luar nikah iaitu Hwang Jeong-nam, dan juga cucu dia Hwang Ki-dong...tetibe Jung-nam dan Gi-dong datang ker umah Hyun-soo dan menyatakan yang dia aderlah anak kandungnye. Hambik.... Hyun-soo terkezut bangattttt  (wahhh dh masuk lak ayat indon nih huhuhu)... 

Then untuk nk menyakinkan lg dia bawak Jung-nam pergi hospital haiwan kepunyaan kawannyer utk ambil darah for DNA test. wahhhhh... result nyer memang compom Jung-nam tu aderlah ank perempuan yang SAH.... kikiki... jadi terpaksalaa dia bela anak dan cucu dia tuh kat rumah dia...dia nie perasan kata dia DJ popular so dia x maw laa kalau orang ramai taw...dia mintak anak dia rahsiakan identiti untuk kerjayanyer.... 


Best jugak bila tengok bapa dia membebel sambil anak dan cucu memerhatikan dari jauh.... huhuhu kelakar dan aku suker bila tengok muka mereka c kecik tu... COMEL nyer...



Banyak adegan lawak diantara datuk dan cucu di taska.... tambah pulak datuk dah berkenan ngan teacherrrr.... dan  cucu dh berkenan pulak ngan seorang gurl yang comey. Serasi bersama gitu..


 Adoi letih nk bercerita.... apa-apa hal ending nyer mereka jadi satu keluarga yang amat cute dan bahagia... aku suker ending nie ... best dan sweet sgt.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...