Followers

Google+ Followers

04 April 2011

Seminggu Cuti .... virus HFM (Kaki, Tangan dan Mulut)

Hemmmmm gini cite nyer... hari sabtu 26/3/2011 tue, aku bawak arr anak-anak aku mandi kat kolam renang berhadapan ngan food court presint 9 kul 6.30 petang... wahhh ramai betoi manusia kat saner bawak anak-anak mereka berenang dlm kolam tuh... then aku letak baby humaira kat air pancut manekale haris pulak aku suruh berenang dlm kolam renang tuh... haris nie penakut orang nyer... cara nk bagi haris masuk dlm air adalah kene aku berpura-pura menikmati keseronokan berenang then baru lar dia nk join sekali. sementara haris dok jual mahal takut nk turun kat air .. aku letak baby humaira kat pelampung dan biar baby berenang2 kat situ. bila haris dh tengok adiknyer humaira dh syok main air baru arr dia lar nk turun. seronok punyer pasai, kita orang terpakse bergegas pulang pasai dh nk maghrib dh... tak elok bebudak main kat luar senja2 kan... sampai ajer umah cepat2 aku mandikan baby humaira dan haris. yer lar air kolam renang bukan bersih pun ..pasai ramai bebudak main kat situ. 

So hari Ahad tue.. baby humaira dh start demam tp tak ler demam panas. aku ingat dia demam sebab ade infection kat luka ditapak kaki tuh tp sebenarnyer bukan itu penyebabnye. then.. aku pun bersabar coz monday aku ader exam PTK. selesai ajer exam aku susah hati tengok baby humaira hilang selera makan. asik nangis ajer. so aku heret arr baby humaira kat klinik kesihatan Putrajaya nie... pastu doktor mengesahkan yg baby humaira menghidapi virus HFM (kaki, tangan dan mulut) sebab tanda2 dh ader. 3 hari aku berulang alik gi klinik. wahhhhhhh letih tak terhingga. Yang paling kesian adalah bila ulser dimulut baby humaira keluar. Secara tak langsung dia hilang selera makan dan susah nk minum susu (Breastfeeding). Cian my baby. lembik ajer ... 
Sebabkan kesabaran melayan kerenah anak2 dan penjagaan rapi ALHAMDULLILAH baby humaira sembuh tepat seminggu seperti yg dijangka. Aku amat2 bersyukur. 

Memandangkan aku dh ader pengalaman so aku nk kongsi sikit arr ... virus nie tak der antibiotik yang akan diberikan kerana ini hanyalah virus, bukan kuman tau.... kalu kuman boleh arr doktor kasi antibiotik. virus HFM nie akan sembuh sendiri dlm masa seminggu sahaja. Doktor hanya beri ubat Oralpaste (utk ulser dimulut - boleh dimakan). ubat ini kene disapukan ke ulser dimulut shj. bagi bayi2 yg terkene virus nie terutama anak yg 100% breastfeeding nie, caranyer sapukan ubat oralpaste keliling puting dan bagi baby isap. Disamping itu, punca ulser dimulut keluar disebabkan panas dalam. oleh kerana itu kene lar bagi PCM (sirap paracetamol) utk mengurangkan kepanasan dlm badan sekaligus mengurangkan ulser dlm mulut. Berkenaan biji2 air di tangan dan kaki tu harus lar disapukan ubat H-cort Cream (poison). sapu time pas mandi. Insyaallah kalu kita cuci badan dan jaga kebesihan anak2 kita ngan baik pasti cepat sembuh. Oh nyer baju mrk harus di rebus bagi mengelakkan berulang kembali. 
Ni arr H-Cort cream... biasa klinik swasta dan kerajaan akan kasi nie punyer...

Untuk maklumat lanjut sila jadikan website ini sebagai rujukan sebagai langkah berjaga- jaga  http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=50. Disini dilampirkan maklumat seperti diwebsite tersebut. huhuhu ....

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
 
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
 
Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
 
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
 
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
 
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.
 
Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.
 
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.
 
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.
 
Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...