Followers

Google+ Followers

14 January 2009

Ok geng... today i nk kasi u all kaunseling cikit... ha'a tahun baru kene brainwash ngan ayat motivasi.. hehehe... topic for 2day are :-


TANDA-TANDA BERBOHONG

BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGAN MEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKAN ADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIH AWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULA JIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONG DAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA.

Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak.

1. Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

2. Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

3. Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

4. Pergerakan mata Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

5. Melengah-lengahkan jawapan Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

6. Resah Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

06 January 2009

Tip putus cinta- Jangan keciwa sgt

Melupakan kekasih lama tidaklah semudah menghantar folder ke Recycle Bin delete begitu sahaja. Hubungan kasih sayang cinta mesra sewaktu ketika dahulu sukar untuk dilupakan terutama bagi kaum wanita. Cinta yang berkualiti dari lelaki memang susah nak dapat sama dengan yang baru dan perasaan terkenang-kenang dan merindu pedih dalam hati sering membuat diri kita tanpa sedar menggugur air mata. Berapa kerasnya hati kita, betapa brutalnya jiwa kita untuk menahan sebak jiwang rasa ia memerlukan ketahanan jiwa untuk sembuh secepat mungkin..Ah lupakan yang lama bina yang baru tak semudah dikata, jujurnya secebis perasaan sayang tentu ada.

Baiklah bagaimana agaknya kita mahu melupakan kekasih lama, bekas suami, bekas isteri, bekas tunang atau bekas kawan baik yang dulu kita cukup sayang..?

1. Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

2. Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

3. Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

4.
Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar pada bekas suami, atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan. Itu cuma mainan perasaan.

5. Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

6. Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

7. Rakan dan keluarga pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan dan belah keluarga rapat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

8. Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang lagi bagus dari kekasih lama. Selalulah berfikir positif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...