Followers

Google+ Followers

15 December 2008

ZHULIAN

Produk yang kualiti tertinggi, produk diyakini ...


Semenjak 1989, ZHULIAN telah meningkatkan gaya hidup beribu-ribu orang melalui Peluang Perniagaan Keemasan ZHULIAN yang menakjubkan dan rangkaian produk inovatif yang berkualiti tinggi. Dari Barangan Kemas Saduran Emas Fesyen yang terkenal hingga ke Produk Penjagaan Rumah dan Penjagaan Diri; Produk Makanan dan Minuman hingga ke Sistem Rawatan Udara; Suplemen Nutrisi peningkat kesihatan yang laris hingga ke Sistem Rawatan Air serta Produk Bilik Tidur - rangkaian produk premium ZHULIAN memberikan hasil berkesan untuk memperkayakan, meningkatkan dan melengkapkan gaya hidup yang sihat. Komitmen ZHULIAN yang tiada kompromi terhadap Piawaian Kualiti yang ketat memberikan para Pengedar dan pelanggan keyakinan dan jaminan penuh yang diharapkan dari produk berkualiti luar biasa.



Barangan Kemas


Barangan Kemas Fesyen ZHULIAN mencapai ketinggian kreativiti dan kecemerlangan rekaan dan pengeluaran barangan kemas berkualiti tinggi yang sememangnya telah terkenal. Dengan rekaan menakjubkan yang membawa hasil kerja, bahan dan rekaan terbaik, kami berbangga kerana berupaya menyatukan kehalusan seni tradisional ke dalam rekaan berteknologi moden, terkini, dengan pembaharuan penuh ketelitian (avant-garde). Rangkaian Barangan Kemas Fesyen ciptaan ZHULIAN yang meluas mencerminkan seni pertukangan mahir oleh pereka dan tukang emas kami yang pakar. Setiap barangan yang kami cipta mewakili hasil kerja penuh dedikasi dan kemahiran yang tajam. Pada masa ini, ZHULIAN mengeluarkan lebih 2,000 model berlainan seperti cincin, rantai tangan, rantai leher, kerongsang, loket, subang, gelang tangan, pin tudung, klip tudung dan lain-lain produk eksklusif. Para profesional ZHULIAN yang terlatih mempunyai banyak pengalaman dalam mengeluarkan rangkaian produk-produk popular seperti barangan kemas bersadur rodium dan barangan kemas dua ton selain daripada produk utama kami iaitu barangan kemas saduran emas.



Di samping itu terdapat juga produk menakjubkan yang membantu meningkatkan dan memperkayakan kualiti kehidupan anda...




Udara (Beyond Microplasma Air Purifier)


Kebanyakan daripada kita menghabiskan 90% masa di dalam bangunan dan kualiti udara dalaman adalah sangat penting untuk kesihatan, kesejahteraan dan kecekapan, di tempat kerja dan di rumah. Beyond Microplasma Air Purifier dengan Teknologi Ion Mikroplasma termajunya adalah produk rawatan udara unik yang berkesan menapis, membersih dan mensteril udara dalaman bagi membekalkan udara dalaman yang lebih tulen, lebih segar dan lebih menyihatkan buat anda dan yang tersayang.




Air (Beyond Water)


Air adalah salah satu pemberian penting alam semula jadi kepada manusia dan air minuman berkualiti tinggi adalah salah satu elemen penting ke arah kesihatan yang baik. Beyond WaterTM membawa kepada anda sistem pemulihan air yang revolusioner dan termaju yang menghasilkan Air Hidup Semula Jadi berkualiti terbaik untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik.



Tidur (Tilam/Bantal/Bantal Peluk Contiago)

Mendapatkan tidur merehatkan di malam hari adalah penting agar anda dapat melaksanakan tugasan harian di sebelah siang. Tanpanya, seseorang itu boleh mengalami kekecewaan, kebingungan dan mudah rasa hampa. Lapik Tilam Terapiutik Bio-ion, Bantal dan Bantal Peluk Contiago direka khas untuk membantu memberikan anda tidur yang mendamaikan dan tidak terganggu sepanjang malam, agar anda rasa peka dan aktif di siang hari.

Di ZHULIAN ini juga ada menjual barang-barangan dari produk2 yang berasaskan KESIHATAN seperti B'Young, Origrow, ISO3, ISO5 dan lain2 lagi.

2 comments:

  1. wei babe,
    hang da jadik dealer zhulian pulak ke?
    he

    ReplyDelete
  2. well juallll juallll .... murahhhh murahhhh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...