Followers

Google+ Followers

15 August 2008

Luahan Hati ku..

Kenangan lama mencuit perasaanku kembali;
Mengenang benda yang berlalu begitu sahaja;
Penyesalan yang tiada kesudahan;
Kadangkala ku mengatakankan pada diriku;
Kenapa AKU ditakdirkan hidup denganmu;

Dulu engkau selalu menjanjikan bulan dan bintang dilangit;
Pokok yang penuh kebahagian;
Janji yang menggunung;
Kutadah pinangan mu dengan ikhlas;
Demi membina keluarga bahagia;
Engkau bersumpah janji depan saksi;
Bahawa akan jagaku sepenuh hati;
Tapi semua itu dusta belaka;

Hati mula meronta-ronta;
Hari demi hari aku memakan diriku sendiri;
Berulang kaliku cuba untuk menipu diri ini;
Tetapi selalu mengalah;
Demi anak ku yang tersayang;

Ya Allah;
Hari-hariku mohon dari-MU;
Agar bukakan ruang untuk aku bernafas;
Kerana nafasku makin sempit;
Ku hilang arah;
Ku putus asa;
Kerna HATI KU TELAH TERLUKA ..

2 comments:

  1. babe,
    y???
    btw sabar jek la dengan any dugaan yg datang okay?
    eventho i dunno anything
    heheh

    :)

    ReplyDelete
  2. hemm... biasa ler zynor.. life must go on rite!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...