Followers

Google+ Followers

28 July 2008

RUANGAN INFO FOR MAMA (Tahukah anda ..)

1. Embrio yang dibekukan boleh disimpan untuk tempoh 5 hingga 10 tahun. fuhh.. menarik!

2. Bayi yang menyusu formula berasaskan susu lembu mempunyai risiko tujuh kali ganda untuk mendapat ekzema berbanding dengan bayi yang menyusu badan.

3. Pertambahan ukuran pinggang kepada 88 sentimeter adalah tanda awal penyakit jantung.

4. Bagi memperoleh kebaikan vitamin dalam buah-buahan, anda disyorkan mengambilnya secara mentah ketika perut kosong atau 20 minit sebelum waktu makan.

5. Jika baby berusia 6bln ke atas sentiasa terjaga 5 @ 6 kali setiap malam, digalakkan dan diharuskan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat dari doktor.

6. Kucing boleh menjadi pembawa kuman toxoplasma yang berpotensi menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit toxoplasmosis serta boleh menyebabkan kecacatan pada janin yang dikandung.

7. Vitamin A penting utk perkembangan dan penjagaan mata si kecil. Lobak merah adalah sumber yang kaya vitamin A.

8. Pergerakan pertama bayi (Quickening), dpt dirasai sama seperti keadaan rama-rama berterbangan di dalam perut anda.

9. Berikan diet yang seimbang pada si kecil. Ini kerana pemakanan memaikan peranan dari segi mood dan emosi kanak-kanak yang menyumbangkan kepada perubahan tingkah laku si kecil.

10.Pengambilan kopi tetap ada kebaikannya. Kopi mampu untuk mengekalkan penuaan, mengatasi diabetis tahap 2, penyakit parkinson dan sesetengah kanser juga.

Sumber : Pa&Ma

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...