Followers

Google+ Followers

30 July 2008




Info Hari ini ..

Pokok Tembikai atau Timun Cina (Pantai Timur), Semangka (Citrullus lanatus, Keluarga Cucurbitaceae) merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika. Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma. Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).
Tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain. Tembikai ini sangat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai pula dapat memberi tenaga dan kekuatan kepada orang tua dalam memulihkan sistem tubuh yang lemah khususnya pada mereka yang baru sahaja selesai dari menjalani pembedahan. Selain itu jus tembikai juga dapat membantu menyembuhkan penyakit-penyakit lain seperti bronkitis.Manafaat disebalik rahsia tembikai ini telah dikenalpasti contohnya pengambilan secawan hidangan tembikai boleh membekalkan sebanyak 48 kalori.
Tembikai juga adalah sumber terbaik untuk vitamin C dan A dan selain itu terdapat sejumlah vitamin B6 dan B1. Sajian hidangan tembikai juga telah mengalami revolusi yang tersendiri. Kulit tembikai yang dulunya dibuang tetapi zaman sekarang semuanya boleh dipelbagaikan. Ia juga dihidangkan sebagai sayur-sayuran yang dimasak dengan gaya dan cara yang tersendiri seperti digoreng, dijadikan sup, acar dan sebagainya.
Walaupun enak dan menyegarkan, pengambilan tembikai perlu dihadkan. Ini kerana sifat tembikai yang sejuk tidak sesuai diambil berlebihan, khususnya buat wanita.

sumber : wikipedia & rapi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...