Followers

Google+ Followers

30 July 2008




Info Hari ini ..

Pokok Tembikai atau Timun Cina (Pantai Timur), Semangka (Citrullus lanatus, Keluarga Cucurbitaceae) merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika. Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma. Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).
Tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain. Tembikai ini sangat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai pula dapat memberi tenaga dan kekuatan kepada orang tua dalam memulihkan sistem tubuh yang lemah khususnya pada mereka yang baru sahaja selesai dari menjalani pembedahan. Selain itu jus tembikai juga dapat membantu menyembuhkan penyakit-penyakit lain seperti bronkitis.Manafaat disebalik rahsia tembikai ini telah dikenalpasti contohnya pengambilan secawan hidangan tembikai boleh membekalkan sebanyak 48 kalori.
Tembikai juga adalah sumber terbaik untuk vitamin C dan A dan selain itu terdapat sejumlah vitamin B6 dan B1. Sajian hidangan tembikai juga telah mengalami revolusi yang tersendiri. Kulit tembikai yang dulunya dibuang tetapi zaman sekarang semuanya boleh dipelbagaikan. Ia juga dihidangkan sebagai sayur-sayuran yang dimasak dengan gaya dan cara yang tersendiri seperti digoreng, dijadikan sup, acar dan sebagainya.
Walaupun enak dan menyegarkan, pengambilan tembikai perlu dihadkan. Ini kerana sifat tembikai yang sejuk tidak sesuai diambil berlebihan, khususnya buat wanita.

sumber : wikipedia & rapi

29 July 2008












Hari nie ader jamuan perpisahan ... so.. ader ler jamuan kecil-kecilan cikit.. melantak punyer pasal aper lagi.... tambah lg ader pulak makanan favorite i pulak tu (satay)... fuhhh... telan..!!

28 July 2008







wahhhh.... mcm tak percayer aku aku menang !!! yahoo !! ha'a... nie ler Office i ....mcmaner...



Pemenang Pertandingan Keceriaan
Posted by kbe89 in Pengumuman. trackback

Kedua-dua juri telah habis mengira markah. Dan dengan penuh debar saya ingin mengumumkan pemenang-pemenang seperti berikut:

Pertandingan Meja Pegawai Paling Profesional
- Cik Treesna Nadira
Pertandingan Kiubikal kakitangan tercantik
-Pn Nor Zanariah

Anugerah khas
(penilaian khas dibuat kepada bilik bos berpangkat KS dan ke atas-kriterianya rahsia …juri jer
yang tahu dan telah memilih pemanang seperti berikut:

Bilik Bos bertaraf CEO Korporat - 10 bintang
-Y.Bhg Datuk Rahamat Bivi
-Y.Bhg Dato’ Mohd Irwan
Bagi Menghargai PA-PA kepada bos-bos, penilaian juga dibuat keatas mereka, dan pemenangnya adalah:
Pn. Sarina Ghazali

hadiah akan disampaikan pada 4 hb Ogos nanti
RUANGAN INFO FOR MAMA (Tahukah anda ..)

1. Embrio yang dibekukan boleh disimpan untuk tempoh 5 hingga 10 tahun. fuhh.. menarik!

2. Bayi yang menyusu formula berasaskan susu lembu mempunyai risiko tujuh kali ganda untuk mendapat ekzema berbanding dengan bayi yang menyusu badan.

3. Pertambahan ukuran pinggang kepada 88 sentimeter adalah tanda awal penyakit jantung.

4. Bagi memperoleh kebaikan vitamin dalam buah-buahan, anda disyorkan mengambilnya secara mentah ketika perut kosong atau 20 minit sebelum waktu makan.

5. Jika baby berusia 6bln ke atas sentiasa terjaga 5 @ 6 kali setiap malam, digalakkan dan diharuskan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat dari doktor.

6. Kucing boleh menjadi pembawa kuman toxoplasma yang berpotensi menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit toxoplasmosis serta boleh menyebabkan kecacatan pada janin yang dikandung.

7. Vitamin A penting utk perkembangan dan penjagaan mata si kecil. Lobak merah adalah sumber yang kaya vitamin A.

8. Pergerakan pertama bayi (Quickening), dpt dirasai sama seperti keadaan rama-rama berterbangan di dalam perut anda.

9. Berikan diet yang seimbang pada si kecil. Ini kerana pemakanan memaikan peranan dari segi mood dan emosi kanak-kanak yang menyumbangkan kepada perubahan tingkah laku si kecil.

10.Pengambilan kopi tetap ada kebaikannya. Kopi mampu untuk mengekalkan penuaan, mengatasi diabetis tahap 2, penyakit parkinson dan sesetengah kanser juga.

Sumber : Pa&Ma

25 July 2008

My Heart

Hari Ke-2

Ha'a... hari ke-2 nk pecahkan kepala hotak buat blog nie kasi CUN sikit... hehehe... nampaknyer atas bantuan member, today i success gak mengCUNkan blog i sendiri... tp masih ader kelemahan... satu hari dok lepak kat PC nie... nak relex jap ler so i gi gosip jap jumpa kengkawan kat hujung partition... abis ajer gosip start fokus pd PC tu... well life must go on kan...

24 July 2008

Hari Percubaan Ku utk ruangan nie ..

hemmm... fuhhh jenuh nk Making Blog nie... nampak mcm kacang goreng, tetiba nk buat dan bila dh start satu stage mula daa blur memanjang... hemmm... nampaknyer hampir nk berjaya... tp mcm kureng ajer. ape kebendo nk taruk lagi nih... tp takper practise make perfact rite!



chayook utk diri sendiri ......!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...